Sunday, 5 June 2011

NASI YEMENI MENDHI



Nasi Mendhi berasal dari Yemen. Oleh kerana keenakannya ia menjadi sangat popular di seluruh semenanjung Arab termasuk Saudi, Bahrain, Emirat dan Jordan.

Penyediaan Nasi Mendhi mudah dan ringkas. Penggunaan kuantiti dan kepelbagaian jenis rempah ratus agak kurang jika dibandingkan dengan jenis jenis Nasi Arab yang lain. Bunga cengkeh, lada sulah, kardamon dan daun salam adalah resepi asas dalam penyediaan Nasi Mendhi. Air rebusan daging yang
telah dibuang lemaknya ditanak bersama beras yang telah direndam untuk memastikan segala nutrient daripada daging dipindahkan ke nasi.  Untuk memastikan nasi menjadi benar benar lembut, empuk dan gebu nasi mesti dikeringkan mengikut teknik teknik tertentu yang memakan tempoh yang panjang dibawah api kecil.Keenakan Nasi Mendhi ini sangat bergantung kepada pengalaman tukang masak. Lebih berpengalaman tukang masak tersebut maka lebih baiklah hasilnya. 

Warna terang nasi ini, kelembutan dan kegebuannya menjadikan nasi ini nampak lebih feminin. Aromanya yang lembut menyebabkan keenakan semulajadi beras basmathi dapat dirasai sepenuhnya, lantas menjadikannya  sebagai salah satu hidangan yang sangat digemari oleh wanita dan kanak kanak.
 Nasi Mendhi dihidangkan panas beserta salad dan kuah tomato bercili..... Mesti cuba....

No comments:

Post a Comment