PROSES PENYEMBELIHAN
Kami mempunyai beberapa pembekal terpilih disekitar lembah kelang untuk membekalkan kambing hidup. Kambing kambing yang sesuai diakikahkan ialah dari jenis boer dan feral kerana kambing jenis ini lebih berisi berbanding baka lain. Hanya kambing yang telah berumur dua tahun sahaja yang memenuhi syarat syarat aqiqah. Kebiasaannya pada umor ini berat kambing hidup ialah sekitar 33 – 40 kg seekor.
Oleh kerana pada umor ini kambing telahpun mencapai tahap matang, isi kambing agak sedikit keras dan kenyal jika dimasak secara “orang kita”.... Selain dari itu daging kambing matang berbau lebih hamis berbanding kambing yang lebih muda. Di Arabian kitchen masalah ini boleh diselesaikan kerana kami akan memasak kambing ini mengikut cara masakan “arab”.
Kami juga mempunyai tukang sembelih khusus untuk memastikan segala adab adab aqiqah di patuhi. Kambing akan disembelih oleh tukang sembelih yang kami percayai menjaga sembahyangnya... bahkan beliau konsisten sembahyang berjemaah lima waktu di masjid dan menurut penilaian kami bebas dari melakukan dosa dosa besar.
Ambil lah barakah dari do’a beliau untuk anak tuan tuan...
Antara adab adab utama ketika sembelihan aqiqah ialah :-
1) Mendapatkan kebenaran wakil untuk menyembelih binatang aqiqah
2) Melakukan penyembelihan ketika matahari sedang naik (waktu pagi)
3) Memberi kambing itu minum sebelum disembelih
4) Membaringkan kambing itu dalam keadaan yang lemah lembut
5) Membaca basmallah, selawat dan takbir ketika menyembelih.
6) Membacakan doa untuk anak yang diaqiqahkan ketika menyembelih
7) Membiarkan kambing aqiqah yang telah disembelih dan tidak mengganggunya sehingga ia mati
No comments:
Post a Comment