Masakan Arab banyak dipengaruhi oleh Negara lain seperti Iran , India dan Asia Tengah. Pedagang pedagang Arab yang mengembara ke seluruh pelosok dunia membawa pulang rempah ratus untuk diasimilasikan didalam masakan mereka. Hasilnya, pada hari ini masakan arab menjadi citarasa internasional.
Nasi Bokhari bukan sahaja sudah popular di Malaysia tetapi popular juga dinegara negara Asia Selatan. Namun begitu rasa nasi Bokhari Arab (Mesir) sedikit berbeza dengan Bokhari dinegara ini. Perbezaan ini adalah disebabkan oleh cara penyediaan dan rempah ratus yang digunakan. Selain dari itu Nasi Bokhari yang dimasak dinegara Arab biasanya menggunakan Beras Basmathi ekstra panjang bermutu tinggi berbanding Beras Basmathi biasa yang digunakan di negara ini. Beras Basmathi bermutu ekstra panjang ini mempunyai aroma khas yang tersendiri berbanding beras biasa. Nasinya lebih gebu dan lebih sedap serta enak walaupun dimakan begitu sahaja.
Kulit Kayu Manis, Bunga Cengkeh, Kardamon, Lobak merah, jintan, pes tomato dan tomato segar adalah antara rempah ratus yang bertanggungjawab memberi aroma harum Nasi Bokhari. Aromanya lebih lembut berbanding Nasi Majboos menyebabkannya lebih digemari oleh orang orang Arab Utara. |
No comments:
Post a Comment