Sunday, 5 June 2011

NASI SAUDI BERIYANI



Nasi beriyani Arab tidak sama seperti Nasi beriyani Pakistan atau India walaupun cara penyediannya hampir serupa.  Rempah ratus dan ramuannya sedikit berbeza meskipun Nasi beriyani arab sememangnya berasal dari Pakistan dan Iran.

Bezanya Nasi beriyani Pakistan biasanya ditambah cili dan serbuk kari serta menggunakan “Ghee”  & “yogurt”sedangkan nasi beriyani arab aromanya dipengaruhi oleh saffron dan air ros.

Di Arabian Kitchen, hanya Nasi Beriyani sahaja yang menggunakan Mentega sebagai bahan tumisan. Sedangkan Nasi Mendhi, Majboos dan Bokhari tidak menggunakan “Ghee” ataupun mentega untuk menggoreng tumisannya. Kami menggunakan minyak masak biasa. Justru itu anda dapati Nasi kami kurang berminyak jika di bandingkan dengan restoran restoran yang lain.

Daun Bay, Kunyit, Kulit Kayu Manis, Bunga Cengkeh, Kardamon, Daun Ketumbar dan berbagai jenis jintan adalah antara rempah ratus yang bertanggungjawab member aroma harum Nasi Beriyani.

No comments:

Post a Comment