Shakshuka berasal dari Negara Maghribi di utara Afrika. Hari ini Shakshuka adalah makanan popular di negara negara Arab sebelah Afrika utara dan semakin popular dinegara Arab teluk. Shakshuka mengikut bahasa “pasar” bermaksud “ bercampur”. Barangkali mungkin disebabkan oleh bahan bahan masakannya yang bercampur campur. Bahan utamanya ialah tomato segar, tomato puree, bawang besar dan bawang putih dan sedikit lada sulah dan kumin. Oleh kerana ianya turut popular dinegara Mediterranean di Eropah barat maka resepi Shakshuka layak dilabel sebagai resepi “ East meet West”. Makanan berasaskan tomato memang berkhasiat. Tomato membekalkan vitamin A, B1, C dan potassium. Kekurangan potassium akan menyebabkan keletihan dan kelesuan .Tomato meningkatkan selera makan dan membantu penghadaman selain mengandungi lycopene yang mempunyai sifat sifat anti kanser. Lycopene juga berfungsi untuk merangsang peredaran darah untuk membantu menurunkan tekanan darah. Ringkasnya, Shakshuka ini memang menyihatkan. |
Sunday, 5 June 2011
SHAKSHUKA
Labels:
menu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment