Monday 6 June 2011

Siapa kami

ARABIAN KITCHEN - AQIQAH

Arabian Kitchen adalah sebuah restoran makanan arab yang terletak dikawasan Pusat Perniagaan Jubli Sek 20 Shah Alam. Diuruskan oleh tenaga professional yang pernah berkhidmat di Timur Tengah. Dengan operasi dan pengurusan yang efisen Arabian Kitchen kini mampu menjadi penyedia makanan arab yang terbaik tetapi termurah di pasaran.
Di Arabian Kitchen, kami percaya kami mempunyai beberapa kelebihan untuk menjadi penyedia terbaik majlis aqiqah anda. Kelebihan kami ialah:-
1)      Kami menyediakan pakej makanan termurah tetapi paling berprestij
2)      Prinsip perniagaan berasaskan syarak.
3)      Kami memelihara adab adab aqiqah sesuai dengan sunnah dan syarat syarat aqiqah seperti yang dikehendaki
4)      Kami menawarkan pilihan yang lebih pelbagai untuk hidangan utama (Nasi). Kami menawarkan empat jenis nasi arab untuk dipilih.
5)      Kami menggunakan beras basmati extra long” yang terbaik (termahal) dipasaran. (PUSA 1121).Justru nasi kami lebih gebu dan sedap berbanding dengan nasi yang dimasak dari basmathi biasa... ini jaminan kami.
6)      Semua masakan dilakukan oleh chef berbangsa arab yang sangat mahir didalam penyediaan daging kambing.
7)      Majlis anda akan menjadi lebih berprestij dengan hidangan kami.

X factor kami... Chef kami (berbangsa arab) .. mereka lebih berkemahiran didalam menyediakan masakan berasaskan kambing berbanding orang kita. ... tak caya?... datang sendiri ke restoran kami untuk “free tasting”. Sekiranya anda memilih kami, maka sajian arab yang 100% otentik akan menjadikan majlis anda lebih unik dan berprestij.

Apa lebihnya chef arab ni?..
Kita sedia maklum bahawa orang orang arab adalah penggemar daging kambing. Mereka telah mempelbagaikan resepi kambing semenjak ribuan tahun yang lampau. Mereka telah mendahului kita didalam hal ini. Oleh itu mereka lebih berkemahiran daripada kita didalam penyediaan makanan berasaskan daging kambing.
Kelebihan kelebihan masakan kambing mengikut tradisi arab:-
1)      Daging kambing menjadi lebih empuk dan lembut
2)      Daging tidak berbau hamis tetapi masih mengekalkan keenakan sebenar kambing.
3)      Daging dimasak pada suhu tinggi untuk jangkamasa yang lama sehingga sebahagian besar lemak lemak tepu didalam daging dikeluarkan dan diasingkan menjadikan ianya lebih sihat untuk dimakan.
Ingat.. apa yang  anda hidangkan bakal menjadi buah mulut tetamu. Setelah mengeluarkan belanja yang tidak sedikit, anda tentu mahu komen yang positif dari tetamu anda... berikan mereka yang terbaik...justru itu pilih lah kami kerana  KAMILAH YANG TERBAIK.



No comments:

Post a Comment