Waslah ialah sejenis sop Arab. Lebih tepat lagi sop kambing Arab. Menu ini adalah menu kesukaan saya yang secara peribadi ingin saya kongsikan dengan tuan / puan... menu ini pernah menjadi favorit saya semasa bekerja di Arab dahulu. Menu ini memang enak dan tiada dijual dikedai kedai lain melainkan di Arabian Kitchen sahaja. Pada saya sop kambing yang dijual di Malaysiapun mungkin bukan tandingannya. Sebahagian besar daripada Semenanjung Arab dan Timur Tengah telah saya jelajahi. Bermula dari Kesultanan Oman di bahagian selatan semenanjung Arab sehinggalah ke Lebanon di Utara. Dari Jeddah di barat sehinggalah ke Bahrain ditimur, Mesir di utara Afrika dan Istanbul di Utara Turki. Di seluruh tempat yang saya lawati di atas, saya perhatikan makanan orang orang Arab tidak berkuah. Lauk pauk mereka hampir semuanya samada di bakar atau di goring dan dimakan bersama salad dan bawang besar. Di hotel hotel ada disediakan sop tetapi hanyalah sop “dal” ataupun sop jagung yang mana menunya diambil dari menu masakan barat. Sop ayam atau daging seperti di Malaysia hampir tiada. Suatu hari seorang rakan baik dari puak “Baluchi” yang berasal dari Oman mempelawa saya untuk makan disebuah restoran di “Madinatul Hamad”, Bahrain. Saya memesan “Kabdah” ( Hati kambing goreng) manakala teman saya memesan “WASLAH”. Bila pesanan kami sampai, baru saya tahu bahawa di kawasan kawasan tertentu, Arab pun makan sop juga. Kawan saya makan penuh selera sehingga saya pun teringin untuk mencuba,... “curious” nak tahu.. camana rasanya sop Arab ni.. saya pun buat satu lagi pesanan... WASLAH.. Sekali rasa..peh... lebih sedap dari mana mana sop yang saya pernah makan di Malaysia.. semenjak hari itu saya dan beberapa kawan dari Malaysia menjadikan “WASLAH” ini sebagai santapan favorit kami. Kalau tak ada darah tinggi ....jangan tunggu lagi.. order aja......sekiranya anda memang penggemar sop kambing...gerenti tak kecewa. |
Sunday, 5 June 2011
WASLAH
Labels:
menu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment