AK KATERING – SIAPA KAMI
Kemeriahan sesuatu majlis sangat bergantung kepada sajian yang dihidangkan kepada tetamu. Oleh kerana majlis majlis keraian ini kebiasaannya diadakan sekali sekala bagi meraikan atau mengingati sesuatu peristiwa penting maka sewajarnya menu yang bakal dihidangkan kepada tetamu dirancang dengan teliti. Menjadi kelaziman didalam didalam masyarakat kita, orang kita suka memerhati dan membuat penilaian sendiri terhadap sajian yang dihidangkan didalam sesuatu majlis. Hidangan yang rendah kualiti pasti akan menjadi buah mulut tetamu untuk beberapa ketika. Inilah realiti yang kita perlu akur. Sebagai tuan rumah kita pasti tidak mahu apabila sudah berbelanja besar dan berpenat lelah mengadakan majlis tetapi ada cakap cakap dibelakang yang kurang sedap didengar. Fikir fikirkan....
Disini, kami di Arabian Kitchen bersedia untuk memikul tanggungjawab bagi memastikan selera tetamu anda dipenuhi dengan sebaik baiknya. Kami percaya hidangan sajian kami ini pasti akan membuatkan tetamu anda berselera. Memang ramai diluar sana mereka yang akan teruja apabila mendapat jemputan dari majlis yang diketahui akan menghidangkan Nasi Arab. Keyakinan kami adalah berdasarkan hampir 90% pelanggan kami yang terdahulu memuji keenakan dan kepelbagaian hidangan kami... ini juga dibuktikan dimana lebih 60% pelanggan harian kami adalah pelanggan berulang..
Chef kami sentiasa bersedia untuk memberikan hidangan unik timur tengah yang lazat dan tulin rasa kearabannya. Hidangan eksotik antarabangsa ini kami sediakan untuk anda bagi menyerikan majlis majlis berikut:-
1) Makan malam
2) Makan tengahari
3) Majlis Aqiqah
4) Majlis kesyukuran
5) Majlis tahlil dan kenduri doa selamat
6) Majlis pelancaran projek
7) Majlis berbuka puasa
8) Rumah terbuka
9) Majlis pertunangan
10) Majlis perkahwinan
Didalam pasaran banyak pakej pakej mewah dan hebat yang boleh dipilih tetapi apakah mereka bersesuaian dengan bajet anda. Kami di Arabian Kitchen menawarkan beberapa pakej eksotik yang fleksibel mengikut kesesuaian bajet anda.
No comments:
Post a Comment