PENGENALAN ARABIAN KITCHEN
Arabian Kitchen Sdn Bhd telah didaftarkan pada 9 hb september 2010. Dalam tempoh yang singkat Arabian Kitchen telah berkembang menjadi sebuah restoran makanan arab yang digemari dan dikenali disekitar Shah Alam, Puchong dan Kelang. Kini, restoran kami di kunjungi setiap hari oleh pelanggan dari berbagai kaum, Melayu, Cina dan India.
Kekuatan kami terletak pada “originality”resepi masakan Arab yang boleh diterima oleh semua kaum di Malaysia. Pasukan kami diperkuatkan oleh tiga orang chef yang didatangkan khas dari Arab. Setiap dari mereka mempunyai kepakaran yang berbeza. Dengan kepakaran yang ada kami mampu menawarkan empat jenis hidangan Nasi Arab pada setiap hari...Yemeni Mendhi, Qatari Majboos, Mesri Bokhari & Saudi beriyani. Keempat empat jenis nasi ini mewakili daerah daerah tertentu di Semenanjung Arab. Yemeni Mendhi merupakan resepi yang berasal dari selatan tanah Arab..Yemen. Qatari Majboos adalah resepi yang berasal dari pantai timur Semenanjung Arab .. Qatar, Bahrain dan UAE. Mesri Bokhari adalah resepi yang berasal dari bahagian utara semenanjung Arab seperti Mesir dan Lubnan. Manakala Saudi Beriyani adalah resepi yang dipopularkan oleh orang orang Pakistan di Saudi.
Kamilah satu satunya restoran arab yang menawarkan empat jenis nasi untuk dipilih oleh pelanggan. Justru itu tidak hairan pelanggan kami semakin bertambah dari hari ke hari. Berdasarkan pemerhatian kami terhadap industry makanan di lembah kelang, kami mempunyai beberapa keistimewaan berbanding pesaing pesaing kami yang lain:-
1) Kami menawarkan harga termurah dan fleksibel mengikut kesesuaian bajet pelanggan.
2) Kami menawarkan pilihan yang lebih banyak untuk hidangan majlis majlis kenduri dan keraian.
3) Kami menawarkan rasa “otentik” arab dalam setiap hidangan kami.
4) Kami menawarkan perkhidmatan terbaik.
5) Hidangan kami mampu menaikkan imej majlis anda.
6) Prinsip perniagaan yang menitikberatkan syarak dan adab islami.
No comments:
Post a Comment