Monday, 6 June 2011

Katering

AK KATERING – SIAPA KAMI
Kemeriahan sesuatu majlis sangat bergantung kepada sajian yang dihidangkan kepada tetamu. Oleh kerana  majlis majlis keraian ini kebiasaannya  diadakan sekali sekala bagi meraikan atau mengingati sesuatu peristiwa penting maka sewajarnya menu yang bakal dihidangkan kepada tetamu  dirancang dengan teliti. Menjadi kelaziman didalam didalam masyarakat kita, orang kita suka memerhati dan membuat penilaian sendiri terhadap sajian yang dihidangkan didalam sesuatu majlis. Hidangan yang rendah kualiti pasti akan menjadi buah mulut tetamu untuk beberapa ketika. Inilah realiti yang kita perlu akur. Sebagai tuan rumah kita pasti tidak mahu apabila sudah berbelanja besar dan berpenat lelah mengadakan majlis tetapi  ada cakap cakap dibelakang yang kurang sedap didengar. Fikir fikirkan....

Pengenalan

PENGENALAN ARABIAN KITCHEN

Arabian Kitchen Sdn Bhd telah didaftarkan pada 9 hb september 2010. Dalam tempoh yang singkat  Arabian Kitchen telah berkembang menjadi sebuah restoran makanan arab yang digemari dan dikenali disekitar Shah Alam, Puchong dan Kelang. Kini, restoran kami di kunjungi setiap hari oleh pelanggan dari berbagai kaum, Melayu, Cina dan India.

Tempahan

TEMPAHAN AQIQAH
Cara cara membuat tempahan
1)      Membuat temujanji dan tempahan dengan talipon ataupun email (sebaik baiknya satu minggu dari tarikh majlis)
2)      Perbincangan dan “food tasting”di restoran kami. 
3)      Menetapkan tarikh, masa dan tempat majlis akan diadakan
4)      Membuat bayaran deposit
5)      Membuat akad dan memaklumkan nama penuh anak yang akan di aqiqahkan
6)      Membuat bayaran penuh pada hari sembelihan

Hubungi kami ditalian:-
03 – 5545 0280
019 – 303 6869
013 – 313 7594

Pakej Aqiqah

PAKEJ AQIQAH

Arabian Kitchen menyediakan empat jenis pakej standard untuk dipilih sesuai dengan bajet anda. Namun begitu empat pakej ini masih boleh diubahsuai mengikut bajet majlis anda. Hubungi kami untuk perbincangan lebih lanjut berkenaan dengan harga dan juga menu yang diperlukan.

Proses Penyembelihan

PROSES PENYEMBELIHAN
Kami mempunyai beberapa pembekal terpilih disekitar lembah kelang untuk membekalkan kambing hidup. Kambing kambing yang sesuai diakikahkan ialah dari jenis boer dan feral kerana kambing jenis ini lebih berisi berbanding baka lain. Hanya kambing yang telah berumur dua tahun sahaja yang memenuhi syarat syarat aqiqah. Kebiasaannya pada umor ini berat kambing hidup ialah sekitar 33 – 40 kg seekor.

Hikmah Aqiqah

                     
HIKMAH ‘AQIQAH
  1. ‘Aqiqah mengandungi beberapa hikmah, antaranya:
  2. Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak.
  3. Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
  4. Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan. 
  5. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan anak.
  6. Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah.

Kepentingan Beraqiqah

KEPENTINGAN AQIQAH

Aqiqah hukumnya adalah sunnah muakkad, yaitu sunnah yang amat dituntut kepada setiap ibubapa yang berkemampuan. Pelaksananaan Aqiqah adalah lambang kasih sayang, harapan, dan doa dari orangtua terhadap anaknya yang baru lahir, agar menjadi anak yang soleh dan berbakti. Selain dari itu ia juga adalah sebagai tanda kesyukuran kepada Allah yang maha esa diatas anugerahnya yang sangat berharga. Lantaran anak anak adalah harta yang tidak ternilai.